HARI 1: KUALA LUMPUR – INCHEON (MDK)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk taklimat perjalanan sebelum berlepas ke Seoul. Setelah daftar masuk bagasi, peserta akan menuju ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Incheon. Setibanya di Incheon, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Bermalam di Incheon/Seoul.
HARI 2: INCHEON – SEOUL – PULAU NAMI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Chuncheon, dengan perjalanan selama dua jam. Peserta akan mengunjungi Morning Calm Garden, taman yang terkenal dengan keindahan bunga dan seni landskap yang menakjubkan. Seterusnya, peserta akan menaiki feri ke Pulau Nami, lokasi terkenal daripada drama Winter Sonata. Selepas makan tengahari, peserta akan melawat Yeuido Park, taman hijau yang terkenal di tengah bandar Seoul. Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Seoul.
HARI 3: EVERLAND THEME PARK (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum menuju ke Everland Theme Park, salah satu taman tema terbesar di Korea. Peserta akan menghabiskan masa sepanjang hari menikmati pelbagai tarikan seperti roller coaster, taman bunga bermusim, serta aktiviti menarik. Makan tengahari disediakan di dalam taman tema. Pada waktu petang, peserta akan bertolak kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat. Bermalam di Seoul.
HARI 4: SEOUL CITY TOUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan ke Gyeongbokgung Palace dan National Folk Museum, di mana peserta berpeluang menyaksikan sejarah dan kebudayaan Korea. Peserta juga boleh memilih untuk menyewa hanbok dan bersiar-siar di dalam kawasan istana. Seterusnya, lawatan ke Masjid Itaewon serta Itaewon Shopping Street, kawasan membeli-belah popular dalam kalangan pelancong Muslim. Selepas makan tengahari, peserta akan mengunjungi Kimchi School & Seaweed Museum untuk merasai pengalaman membuat kimchi serta mencuba pakaian tradisional Korea, hanbok. Lawatan diteruskan ke Insadong Street, lorong terkenal dengan barangan seni dan budaya, serta membeli-belah di Dongdaemun Market, pusat fesyen terbesar di Korea. Makan malam sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Seoul/Incheon.
HARI 5: SEOUL – MYEONGDONG & NAMDAEMUN SHOPPING STREET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum lawatan ke Bukchon Hanok Village, kawasan rumah tradisional Korea yang masih terpelihara. Seterusnya, peserta akan mengunjungi Starfield Library & Coex Mall, perpustakaan moden yang terletak di dalam pusat membeli-belah terkenal. Perjalanan diteruskan ke Kedai Kosmetik dan Duty-Free Shop untuk membeli barangan kecantikan serta cenderahati. Selepas makan tengahari, peserta akan mengunjungi Namdaemun Market, pasar tertua di Korea, diikuti dengan Myeongdong Shopping Street, kawasan membeli-belah terbesar di Seoul. Makan malam sebelum kembali ke hotel untuk berehat. Bermalam di Seoul/Incheon.
HARI 6: SEOUL – INCHEON – KUALA LUMPUR (MDK)
Peserta akan daftar keluar hotel dan dibawa ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), perjalanan berakhir.